Tajuk: 5 Tahun 5 Bulan
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Pengarang: Hlovate
Rating:***1/2
novel ni tentang ana yang keje jadi orang gaji kat umah En Latfy sementara tunggu tawaran belajar ke oversea..ana ni bukan sekadar orang gaji tapi tanggung jawab dia lebih kepada menjaga 3 orang anak2 En Latfy iaitu angah, nana n nina..kat umah tu la ana kenal dengan Along Sarkastik yang merupakan anak sulung En Latfy..along n ana nih cam anjing n kucing la jugak..along suka bergurau n ana lak suka menjawab.. hihihi along ni sebenarnye dah pasang angan2 nak cari isteri yang kampung cam ana..tapi alih2 ana bukanlah siapa yang disangka..ye r ana yang nama sebenarnye Johanna tu merupakan bakal doktor yang akan melanjutkan
pelajaran ke Abardeen..bukan calang2 orang ana tuh ye..so apa yang terjadi ngan mereka selepas tuh boleh r baca sendiri ok..novel ni pun banyak fokuskan tentang kehidupan student2 di oversea n perkara2 yang dilalui mereka time study di sana..well cam biasa karya Hlovate memang adew tarikan nya yang tersendiri walaupun annie lebih sukakan kisah adin n benz..kat bawah ni annie letak blurp 5T5B ye..
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....
Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.
Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.


0 comments:
Post a Comment