Tajuk: Jaja & Din
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Pengarang:Noor Suraya aka Kak Su
Rating:****
Jaja n Din ni ceritanya agak unik yang mana mengisahkan watak utama dia Jaja seorang perempuan bandar yang moden means dia jenis girl yang kaler rambut n pakai short pants boleh fell in love dengan Din yang merupakan seorang ustaz sekolah tahfiz yang kalu cakap pun siap pakai kanta ganti nama diri "ana" dan "ente" tuh..seorang lelaki yang sedia untuk berjihad di jalan Allah..cam langit n bumi kan character Din ngan Jaja nih..
Novel ni menceritakan macam mana si Jaja ni boleh fell in love dengan Din just dgn hanya melihat sekeping gambar n perjalanan cinta Jaja yang x pernah putus asa untuk mencari Din dgn niat berkahwin dgn Din..Jaja ni memang seorang yang determined n x kenal erti putus asa orangnye..annie memang rasa kagum sangat dengan character Jaja ni..tapi yang penting citer ni menekankan yang seseorang tu boleh berubah 360 degree dari seorang yang jahil tentang agama menjadi seorang yang kembali melakukan suruhan agama dengan dengan penuh taat dan patuh..
Overall citew ni memang menarik n for those kaki novel memang sesuai sangat la kalau nak dijadikan koleksi..cuma personally bagi annie this is my first novel
Kak Su yang annie baca so annie x berapa biasa dengan gaya penulisan dia yang menulis seolah-olah Jaja tu macam tengah bercerita je..maksudnya bila annie baca rasa macam adew narrator r pulak..tapi x kesah r..yang penting citew ni BEST sangat2..(^_^)..kat bawah ni annie selitkan blurp Jaja & Din..enjoy k..
Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


0 comments:
Post a Comment